TEKUN PROGRESIF PRODUKTIF

Saturday, April 12, 2014

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2014/2015



read more...

Thursday, April 8, 2010

Mesyuarat AJK Kali Pertama 2010

Mesyuarat AJK PIBG SK Taman Putra Perdana akan diadakan pada hari Selasa 13hb. April 2010 Jam 8.30 malam ni Bilik Mesyuarat SK Taman Putra Perdana
read more...

Saturday, March 6, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTPP Kali Ke 6 (07.03.2010)



read more...

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTPP Kali Ke 6 (07.03.2010)






Alhamdulillah, mesyuarat Agung Kali ke 6 pada hari ini berjalan lancar. Tahniah kepada Tuan Hj. Shaharudin bin Ajam YDP yang berjaya membawa Pengarah Institut Sosial Malaysia, Profesor Dr. Mohamed Fadzil b. Che Din sebagai perasmi dan juga memberikan sedikit motivasi kepada semua yang hadir.

Tahniah kepada barisan AJK yang baru dilantik. Tahniah kepada Tn. Hj. Shaharudin Ajam yang terpilih sekali lagi menerajui PIBG SKTPP. NYDP juga kekal kepada Rushdan Mohamed.

Semua semua AJK yang terpilih akan bekerja bersungguh-sungguh demi kecemerlangan anak2 kita semua.

Insyallah
read more...

Sunday, February 21, 2010

Motivasi UPSR 20.02.2010 & 21.02.2010



read more...

Motivasi UPSR 20.02.2010 & 21.02.2010





read more...

Motivasi UPSR 20.02.2010 & 21.02.2010






Gambar-gambar menarik sepanjang program berlangsung
read more...

Friday, February 19, 2010

Program Motivasi UPSR

TAHUN 6 STANUM, 6 TITANIUM, 6 PLUMBUM, 6 PLATINUM DAN 6 ARGENTUM
Tarikh : 20 Februari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 7.45 malam hingga 10.45 malam
Tempat : Dewan SK Taman Putra Perdana


TAHUN 6 AURUM, 6 FERUM, 6 KADMIUM, 6 KUPRUM DAN 6 NIKEL

Tarikh : 21 Februari 2010
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Dewan SK Taman Putra Perdana


Semua ibubapa tahun 6 dijemput menghadiri program motivasi UPSR.
read more...

Thursday, February 18, 2010

KEMPEN BUDI BAHASA DAN PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

Tahun 2010 telah dipilih sebagai Tahun untuk Kempen Budi Bahasa Dan Penerapan Nilai-nilai Murni di kalangan pelajar SKTPP. Program akan dijalankan sepanjang Tahun 2010 dengan berbagai program dan ianya dibuka kepada semua untuk memberikan cadangan dan sumbangan untuk menjayakannya juga amat dialu-alukan.

Kecemerlangan seseorang pelajar itu bukan hanya terletak pada Akademik sahaja tapi ianya merangkumi semua termasuklah sahsiah dan jatidiri. Budi Bahasa dan Nilai Murni adalah salah satu cabang.

Telah kita ketahui, kebelakangan ini nilai-nilai murni dan budi-bahasa sudah mulai luntur dan pudar di kalangan anak-anak muda. Justru itu, kami di PIBG SKTPP merasakan mereka yang masih disekolah rendah ni lah yang bakal merubah semua itu. Seperti kata pepatah, kalau nak melentur buluh, biarlah dari Rebungnya.

Bantulah kami, bantulah anak-anak tuan semua.

Apa yang penting KERJASAMA.
read more...

Kutipan Sumbangan PIBG 2010

Salam untuk semua.

Sehingga kini kutipan Sumbangan PIBG bagi setiap penjaga amat tidak mengalakkan. Belum sampai 1000 orang yang memberikan sumbangan sedangkan jumlah penjaga adalah lebih dari itu.

Diharapkan semua dapat memberikan kerjasama yang baik supaya proses pembelajaran tidak terganggu dengan kekangan kewangan.

Kemudahan infrastruktur sekolah amatlah mendukacita, faham-fahamlah sekolah ni dibina oleh siapa. Pemaju yang paling famous diketika dan saat ini. Harap dari kementerian. Janggut pun boleh jadi kuning, bukan putih lagi.. Huhuhu

Terima kasih
read more...

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTPP

Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan seperti ketetapan berikut

Tarikh : 7 hb Mac 2010 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Terbuka SKTPP

Dijemput semua untuk hadir kerana kita perlu memilih Jawatankuasa Baru bagi Sesi 2010-2012. Bersama-samalah kita memilih AJK yang dapat membantu pihak sekolah dalam memartabatkan Kecemerlangan ILMU kepada anak-anak kita semua. INSYALLAH.
read more...

Program Motivasi Tahun 6

Salam Selamat Bertemu kembali,

Sudah lama tidak mencoret di laman ini di atas desakan masa. Diharapkan semua Warga SKTPP (Ibu Bapa juga) berada di dalam keadaan yang baik hendaknya.

Program Motivasi UPSR adalah seperti berikut

KEPADA: MURID-MURID TAHUN 6 STANUM, 6 TITANIUM, 6 PLUMBUM, 6 PLATINUM DAN 6 ARGENTUM

Tarikh : 20 Februari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 7.45 malam hingga 10.45 malam
Tempat : Dewan SK Taman Putra Perdana

KEPADA: MURID-MURID TAHUN 6 AURUM, 6 FERUM, 6 KADMIUM, 6 KUPRUM DAN 6 NIKEL

Tarikh : 21 Februari 2010
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Dewan SK Taman Putra Perdana


SEMUA IBU BAPA PELAJAR TAHUN 6 DIJEMPUT HADIR.
read more...

Friday, February 5, 2010

Perjumpaan Ibu Bapa & Guru Tahun 6

Majlis Jalinan Kasih

Tarikh : Sabtu-6 Februari 2010
Tempat : Dewan Terbuka SKTPP
Masa : 8.00 - 11.00 pagi.
Kehadiran : Ibu Bapa Pelajar Tahun 6
read more...

Thursday, December 31, 2009

Marilah kita memartabatkan pepatah di bawah

Biar miskin harta asal jangan miskin budi bahasa bahasa. Biar tidak cantik rupa..tetapi cantik akhlak dan budinya..Di mana bumi di pijak..di situ langit dijunjung
read more...

Marilah kita memartabatkan pepatah di bawah

Biar miskin harta asal jangan miskin budi bahasa bahasa. Biar tidak cantik rupa..tetapi cantik akhlak dan budinya..Di mana bumi di pijak..di situ langit dijunjung
read more...

Wednesday, December 16, 2009

Hari Terakhir Cikgu Mohd Ridzuan di SKTPP


Salam untuk semua.

Semalam/hari ini merupakan hari terakhir buat Cikgu Mohd Ridzuan bersama kita di SK Taman Putra Perdana. Dalam usaha-usaha akhir untuk membatalkan pertukaran sekolah yang dibuat akhirnya sampai ke penghujung. Permohonan pembatalan telah ditolak.

Cikgu, sesungguhnya walau di mana jua Cikgu bertugas, kemuliaannya tetap sama. Ambillah secara positif. Mungkin tuhan inginkan cikgu sentiasa dekat dengan orang tua di kampung. Bersamalah dengan mereka selagi izinkan oleh Yang Maha Esa. Bukan semua orang mendapat peluang seperti itu.

Tapi yang paling baik mungkin... ha3 nak bertemu jodoh kat Muar lah kot gamaknya.

Apapun kami doakan yang terbaik buat Cikgu. Jasa Cikgu selama 4 tahun di SKTPP kami hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

Jangan lupa untuk terus berhubung samada melalui FB ataupun blog ini.
read more...

Friday, December 4, 2009

YURAN PERSEKOLAHAN 2010 & PENGAMBILAN BUKU TEKS UNTUK MURID TAHUN 1 & TAHUN 2

BAHAGIAN A
Kokurikulum RM 8.50
Kertas ujian dalaman RM10.00
Sukan tahunan RM 7.00
Kegiatan Pendidikan Islam/Moral RM 8.00
Skim Perlindungan Diri RM 1.50
MSSM RM 2.00
Hari Anugerah Cemerlang RM 3.00
JUMLAH RM40.00

BAHAGIAN B
PIBG - satu penjaga sahaja RM15.00
JUMLAH BESAR RM55.00

Tarikh bayaran yuran adalah seperti ketetapan berikut:
Tarikh :2 Januari 2010
Masa :9.00pg hingga 11.00pg
Tempat :Dewan Terbuka

Pemgambilan Buku Teks /Untuk Pelajar Tahun 1 & Tahun 2
Tarikh : 22 & 23 Disember 2009
Masa :9.00pg hingga 1.00ptg
Tempat : Bilik SPBT SKTPP
read more...

PEMBERITAHUAN PERTUKARAN WARNA PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH TAHUN 2010

Jawatankuasa Pengurusan Sekolah telah memutuskan untuk menukar warna pakaian pengawas tahun 2010 :

PENGAWAS LELAKI
Baju : Kemeja Lengan Panjang (Warna: Biru muda)
Seluar : Panjang (Warna: Biru tua)
Kasut : Hitam
Stokin : Hitam
Tali leher disediakan oleh pihak sekolah

PENGAWAS PEREMPUAN
Baju : Kemeja Lengan Panjang/ Baju kurung (Warna: Biru muda)
Kain : Lipat Belakang/ Lipat Tepi (Warna: Biru tua)
Kasut : Hitam
Stokin : Hitam
Tudung : Biru muda
Tali leher disedikan oleh pihak sekolah.

Walaubagaimanapun, pengawas Tahun 2009 diberi kelonggaran sehingga bulan Jun tahun 2010 untuk memakai pakaian pengawas yang sedia ada.
read more...

Kisah Pengajaran untuk Semua - Suka Duka Disebalik Gelaran

Kisah ini ditulis oleh Dr Fauziah Mohd Noor. Semoga kita semua mendapat pengajaran daripadanya.


Assalamualaikum,
untuk semua rakan-rakan dan mereka yg membaca di ruangan ini.
sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman hidup..jika ada yang boleh dijadikan sempadan dan tauladan.atau pengajaran dan cabaran.

pelajar-pelajar saya sering berkata kepada saya.."dr, bestnya ada phd kan..bestnya jadi pensyarah.. tentu gaji pensyarah besarkan?" itulah yang sering diucapkan kepada saya. dan akhirnya satu hari, saya bertanya di dalam kelas, "boleh tak saya nak ambil masa kamu nak cerita sikit?" semua pelajar saya menjawab serentak "Boleh.." Hari ni saya nak ceritakan pengalaman saya buat phd.. (sambung pelajaran utk dptkan phd).dan mereka meletakkan pen dan pensil utk mendengar cerita saya.

" saya buat phd atas 2 sebab. pertama, memang itu cita2 saya. keduanya, kerana polisi universiti yang menwajibkan setiap pensyarah mesti memiliki ijazah phd. Ada org kata phd..penyakit hasad dengki. tapi bagi kami, phd adalah "permanent head damage" . pelajar2 saya tergelak besar bila mendengar istilah tersebut. Damage bukan bermakna rosak..tapi nak menunjukkan peritnya liku2 hidup yang terpaksa dilalui utk mendapatkan sekeping ijazah bernama Phd..

thn 1997 saya dan suami serta dua org anak ke Birmingham, UK utk melanjutkan pelajaran. suami saya mengambil cuti tanpa gaji selama 3 tahun. Dia menyambung peringkat sarjana dan saya peringkat phd. bermakna anak2 saya akan hidup dengn dua org 'pelajar' yang akan sentiasa sibuk dengan buku2 dan tugasan yang perlu disiapkan. hujung 1997, anak2 saya mendapat tahu mereka akan mendapat seorang adik yang akan dilahirkan pd pertengahan 1998. bertambah lagi satu cabaran..selama 10 bulan, saya berulang-alik ke universiti di mana saya perlu ambil dua bas atau satu bas dan keretapi utk sampai ke universiti. saya tnyakan pada pelajar2 saya, boleh tak awk semua bayangkan bagaimana seorang ibu yg pregnant menjadi pelajar? Kalau dibandingkan dengan kamu semua yang masih solo...tinggal dlm kampus, ada bas disediakan..tapi ada di antara kamu yg masih lewat datang ke kelas?" Pelajar2 saya terdiam...tidak ada lagi bunyi ketawa. mereka faham, saya sedang 'menyindir' sambil bercerita.

Julai 98, saya selamat melahirkan anak ke3..seorang lagi anak lelaki. dan bulan itu juga suami saya menerima ijazah sarjananya. Dia telah selamat tamatkan sebuah episod..tapi perjuangan saya belum selesai. supervisor meminta saya berusaha lebih gigih..supaya lebih cepat siap dan dapat phd. waktu malm suami saya bekerja part time di kilang cadbury. agaknya kurang selesa hanya tolg menjaga anak2 semasa saya ke universiti. atau tidak selesa tidak ada pendapatan sndiri. ada masanya saya membaca buku atau menaip tugasan sambil meriba anak saya yang masih bayi..dan suami saya pula melayan dua org anak saya yang waktu itu berumur 7 tahun dan 4 tahun. Saya tanyakan kpd pelajr2 saya.."Susah sangatkah kamu belajar dalam keadaan kamu yg masih bujang? kenapa masih ada yg tidak siapkan tugasan yg diberikan pensyarah?"

Bulan Disember 08..saya telah tempah tiket utk kami sekeluarga pulang ke msia pada bulan April. tujuan utama utk mencari data utk kajian phd saya. saya telah mula mbeli hadiah utk adik2 saya dan saudara mara di kampung. Begitu juga dengan suami yg mencari hadiah utk adik beradik dan keluarganya. Bulan januari 09 saya dikejutkan dgn panggilan telefon drpd adik saya.. mberitahu adik lelaki bongsu saya berumur 15 tahun meninggal dlm kemalangan motorsikal dan van kilang tak jauh dari kawasan kampung. Allah saja yg tahu, betapa rindunya saya pada adik kesayangan saya. Adik yg saya jaga seperti seorang ibu menjaga anaknya..dan terngiang2 di telinga saya, adik saya berkata, "Ami dah kurus sekarang..kalau kak long balik nanti mesti terkejut tengok ami..(dia membahasakan diri dia kami sejak kecil, tapi cuma sebut ami). ikutkan hati..saya ingin terbang pulang hari tu juga.utk menatap wajah adik saya buat kali terakhir. tapi saya tak mampu, apatah lagi tiket2 bulan april dah dibayar sepenuhnya. Seharian saya cuma menelefon, bertanya apa yang berlaku. adik2 saya cuma memberitahu," jenazah dah dimandikan..dah dikafankan dan dah dikebumikan." 3 hari 3 malam saya menitiskan airmata..saya tidak menelefon ibubapa kerana tidak mahu mendengar mereka menangis. saya hanya bercakap dengan adik2 di kmpg. Hnya suami menelefon ayah saya dan mengucapkan takziah dan minta bersabar. tapi pada hari adik saya meninggal dunia, saya tetap pergi ke kelas macam biasa. kawan2 bertnya, kenapa tidak rehat saja di rumah? saya memberitahu mereka, kalau saya menangis sampai keluar airmata darah pun..adik saya tak akan hidup semula. lebih baik saya ke kelas..teruskan hidup macam biasa.tapi sepanjang jalan ke universiti airmata saya keluar. saya bertanya kepada pelajar saya.. "kenapa ada di antara kamu yang selalu ponteng kelas hanya kerana masalah kecil? kerana bergaduh dgn boyfriend..hanya kerana putus cinta dengan girlfren..? waktu itu saya lihat ada pelajar2 saya yang dah menitiskan airmata.

selepas 3 hari...saya berhenti menangis. dah kering airmata. dan daripada Januari 1999 hingga tahun 2002 saya tidak boleh menangis. sesedih mana pun..saya tk boleh menangis. Saat itu baru saya tahu betapa menangis itu satu nikmat pemberian Allah kepada hamba2Nya. Terlalu sakit rasanya bila kita tidak dapat menangis. Waktu menziarah kubur adik saya..saya tidak menangis walhal saya amat rindukan dia. Ada satu perkara yg perlu saya ceritakan..semasa di UK setiap kali selepas saya solat, saya akan berdoa.."Ya Allah panjangkanlah umur datukku..(saya dibesarkan oleh nenek dan datuk). Berilah saya peluang utk berjumpa datuk, ayah dn ibu." itulah doa saya setiap hari. saya terlalu bimbang tidak dapat bertemu dengan datuk atau ayah dan ibu. sebb kita selalu berfikir yg tua akan pergi dulu. Bila adik meninggal, saya tersentak. saya tidak pernah berdoa utk adik2 saya..kerana selalu berfikir yang muda akan hidup lebih lama drpd yang org tua.

Allah mengajar saya..saya dapat apa yg saya minta..dapat bertemu dgn datuk, ayah dan ibu. Tapi Allah mengajar saya..jangan lupa org muda juga boleh diambil nyawanya bila2 masa. perasaan bersalah sebab tidak mendoakan adik2..buat saya rasa terduduk.menyesal dan macam2. bila difikirkan, apakah hak saya utk meminta Allah panjangkan umur hamba2Nya..sebab Allah dah berkata di dalam al-Quran " Bila datang ajal anak Adam, tidak akan lewat atau cepat sesaat pun.." Sejak hari itu..saya cuma berdoa, berikanlah kepada kami semua kebaikan di dunia dan akhirat." lambat atau cepat pulangnya seorang hamba adalah hak Allah utk menentukan. Saya insaf...saya tidak perlu 'mengajar' Allah apa yang patut dilakukanNYa.

Sejak itu juga setiap kali pelajar2 saya kata, "dr, tolong doakan saya dapt kerja di perak..tolong doakan saya dpt kerja ini dan itu.." saya mmberitahu mereka.."Maaf, saya cuma akan doakan utk kamu, berikanlah yang terbaik utk pelajar2 saya." Allah tahu apa yang terbaik utk kita. kita tidak perlu mengajar Allah.tidak perlu 'memerintah' Allah buat itu dan ini...Kadang2 apa yang kita rasa baik utk kita tidak semestinya baik..jadi, terima ketentuan Allah dengan hati yang redha.

Sampai di sini dulu..saya akan sambung cerita ini esok atau lusa jika ada izin dariNYA.. terima kasih kepada mereka yang sudi membaca. dan sama2lah mengambil pengajaran drpd slide presentation yang dikepilkan ini.
Wassalam

read more...

Sunday, November 29, 2009

Ibadah Korban SKTPP Selesai




ALhamdulillah, dengan izinNya sempurnalah ibadah korban yang telah dirancangkan. Walaupun program terlewat sedikit kerana menunggu pakar sembelih kita sampai. Akhirnya bukan 1 tapi 2 tukang sembelih yang kita dapat.

Dato' Sri pun sampai lebih kurang pukul 11.45 pagi. Kehadiran juga begitu menggalakkan walaupun ketika ini semua guru dan pelajar sedang bercuti di mana masyarakat setempat menghulurkan tangan membantu menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada penduduk Rista Villa dan tukang masaknya yang menyelesaikan tugas-tugas sehingga ke petang.

Semoga masa akan datang kita akan dapat lakukan program ini dengan lebih baik dan jumlah lembu pun akan bertambah.

Terima kasih semua
read more...