TEKUN PROGRESIF PRODUKTIF

Thursday, February 18, 2010

KEMPEN BUDI BAHASA DAN PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

Tahun 2010 telah dipilih sebagai Tahun untuk Kempen Budi Bahasa Dan Penerapan Nilai-nilai Murni di kalangan pelajar SKTPP. Program akan dijalankan sepanjang Tahun 2010 dengan berbagai program dan ianya dibuka kepada semua untuk memberikan cadangan dan sumbangan untuk menjayakannya juga amat dialu-alukan.

Kecemerlangan seseorang pelajar itu bukan hanya terletak pada Akademik sahaja tapi ianya merangkumi semua termasuklah sahsiah dan jatidiri. Budi Bahasa dan Nilai Murni adalah salah satu cabang.

Telah kita ketahui, kebelakangan ini nilai-nilai murni dan budi-bahasa sudah mulai luntur dan pudar di kalangan anak-anak muda. Justru itu, kami di PIBG SKTPP merasakan mereka yang masih disekolah rendah ni lah yang bakal merubah semua itu. Seperti kata pepatah, kalau nak melentur buluh, biarlah dari Rebungnya.

Bantulah kami, bantulah anak-anak tuan semua.

Apa yang penting KERJASAMA.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "KEMPEN BUDI BAHASA DAN PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI"

Post a Comment