TEKUN PROGRESIF PRODUKTIF

Sunday, November 29, 2009

Ibadah Korban SKTPP Selesai




ALhamdulillah, dengan izinNya sempurnalah ibadah korban yang telah dirancangkan. Walaupun program terlewat sedikit kerana menunggu pakar sembelih kita sampai. Akhirnya bukan 1 tapi 2 tukang sembelih yang kita dapat.

Dato' Sri pun sampai lebih kurang pukul 11.45 pagi. Kehadiran juga begitu menggalakkan walaupun ketika ini semua guru dan pelajar sedang bercuti di mana masyarakat setempat menghulurkan tangan membantu menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada penduduk Rista Villa dan tukang masaknya yang menyelesaikan tugas-tugas sehingga ke petang.

Semoga masa akan datang kita akan dapat lakukan program ini dengan lebih baik dan jumlah lembu pun akan bertambah.

Terima kasih semua
read more...

Wednesday, November 25, 2009

Majlis Persaraan Guru Besar 30 September 2009





Majlis Persaraan Guru Besar SK Taman Putra Perdana Tn. Hj. Harun bin Zainol telah disambut dengan meriah sekali. Kami warga PIBG doakan agar hari-hari mendatang memberikan keceriaan kepada beliau.

Kami juga doakan agar beliau dipanjangkan umur serta mendapat kesihatan yang baik.

Apa yang penting........ kerjasama. Ha3. Bukan... Apa yang penting, jangan lupakan kami disini. Ada masa jenguklah kami di SKTPP.
read more...

Sunday, November 22, 2009

Hari Anugerah 2009 (21hb. November 2009)






read more...

Program Senamrobikton 01hb. November 2009






read more...

Program Senamrobikton 01hb. November 2009






Program Senamrobikton telah berjaya dilaksanakan pada tarikh 01hb. November 2009 baru-baru ini dan telah berjaya mengutip sumbangan sebanyak hampir RM42 ribu.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini serta memberikan sumbangan wang ringgit mahupun tenaga.

Jasamu hanya Tuhan yang bisa membalasnya. Insyallah usaha-usaha ini sedikit sebanyak akan membantu anak-anak kita serta warga pendidik di SKTPP demi mencapai satu tujuan iaitu Peningkatan Kecemerlangan Dalam Akademik seterusnya memartabatkan SK Taman Putera Perdana sebagai sekolah terbaik di Sepang.

Disertakan gambar-gambar menarik sepanjang program berlangsung
read more...

Keputusan UPSR 2009


Alhamdulillah result dah pun keluar dan seramai 16 orang daripada pelajar SKTPP telah memperolehi keputusan 5A.

Gambar 11 dari 16 pelajar yang mendapat 5A.

Bilangan pelajar yang mendapat 5A tahun ini berkurangan 50% daripada tahun lepas namun ianya bukanlah pengakhiran untuk segalanya. Insyallah kami telahpun merancang program peningkatan akademik untuk tahun hadapan dan juga dengan kehadiran Guru Besar baru iaitu Encik Sukimin Juki.
read more...

Ibadah Korban SKTPP 2009

Salam,

Bertemu lagi setelah sekian lama tidak menulis dan posting kat blog ni. Insyallah kalau tiada aral melintang, Ibadah korban akan dilaksanakan pada 29hb. November ini iaitu pada hari Raya Aidil Adha yang ketiga.

Korban akan dilakukan di SK Taman Putra Perdana. Seekor lembu adalah sumbangan daripada Ahli Parlimen Sepang iaitu Dato' Sri Ir. Mohd Zain bin Mohamed.

Kita masih mengharapkan agar ada warga SKTPP untuk turut ber' korban' kerana 1 ekor lagi masih ada beberapa kekosongan.

Boleh berhubung dengan saya atau YDP Tn. Hj. Shaharuddin.
read more...