TEKUN PROGRESIF PRODUKTIF

Sunday, February 22, 2009

Mesyuarat Agung PIBG 2009

Mesyuarat Agung telah berjalan lancar dan ahli yang hadir telah sebulat suara bersetuju membenarkan kutipan sumbangan PIBG dan Yuran sekolah mengikut Pakej yang ditetapkan untuk dikutip.

Disamping itu, mesyuarat juga bersetuju untuk mengadakan Program Senamrobikton bagi mengutip dana PIBG demi mengekalkan dan menaikkan lagi nama SKTPP serta martabat semua Warga SKTPP.

Disamping itu telah dilantik 2 orang AJK PIBG yang baru bagi menggantikan AJK yang telah berpindah iaitu En. Abdul Hanim yang banyak berjasa kepada kita di SKTPP. Terima kasih dan hanya Tuhan yang mampu membalas jasamu. Manakala AJK yang baru kedua-duanya adalah wanita.
read more...

Hari Anugerah SKTPP pada 15.02.09






Majlis Hari Anugerah SKTPP 2008 disambut dengan begitu meriah sekali dalam situasi kesederhanaan memandangkan kegawatan ekonomi dan program berjalan serentak dengan Mesyuarat Agung PIBG SKTPP.
read more...

PIBG menerima Sumbangan dari Ahli Parlimen




Pada tarikh 08.02.2009, YDP dan NYDP telah menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan kepada semua PIBG di Daerah Sepang serta penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2008 di Dewan Orang Ramai Bandar Baru Salak Tinggi. Sumbangan sebanyak RM2000 adalah untuk program kelas tambahan anak-anak kita.

Di samping itu, Ahli Parlimen Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed turut melancarkan Program Selangkah ke Universiti.
read more...

Saturday, February 14, 2009

Mesyuarat Agung PIBG Tarikh : 15 Februari 2009

Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan pada 15.02.2009 jam 8.00 pagi. Program akan diadakan bersama dengan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang 2008.
read more...

Program Solat Hajat 12.02.2009



Alhamdullillah, program Solat hajat dan Bacaan Yasin telah selamat diadakan di Masjid Taman Putra Perdana pada 12.02.2009 dan kedatangan juga mamat menggalakkan. Insyallah akan datang lebih ramai lagi yang akan hadir.
Program ini juga telah disiarkan di Sinar Harian pada 14.02.2009.
read more...

Friday, February 13, 2009

Pelajar Cemerlang UPSR 2008 -5A dalam Majalah Kuntum keluaran Februari 2009

read more...

Pelajar Cemerlang UPSR 2008 -5A

Seramai 33 orang Pelajar SKTPP telah memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2008. Pada tahun 2007 hanya seramai 7 orang yang mendapat 5A.
AHMAD ZULHILMI BIN DZULKIFLI
ALISSA BINTI MOHAMAD NAHAR
AMIRAH IZZATI BINTI AZMI
DAYANGKU NUR ATIQAH BINTI MOHD FAIZ
DILIP A/L PERUMAL
EDDY FAZANDI A/L HUSNI
FARIS IRFAN EMEIR BIN AMIRUL RAZWAN
FATIN FARHANA BINTI OMAR SAIFUDDIN
FATIN HAFIZAH BINTI HASSNI
GABRIEL A/L GUNASEGARAN
IFFA ADLYN BINTI AZHAR
LUQMAN NAIM BIN MOHD. MODI
MOHAMAD HAZIQ BIN HILME
MOHAMAD SYABIL BIN AHMAD AZIZ
MOHD IDHAR SYAFI BIN HALID
MOHD ZULHILMI AQIL BIN MUHAMAD
MUHAMMAD AZWAN BIN MOHD AZMAN
MUHAMMAD FAIZ BIN MOHD RASHIDI
MUHAMMAD TAUFIQ BIN MAT SALLEH
NAZIRAH BINTI AHMAD FATHULLAH
NIK IZDIHAR BINTI NIK KHALID
NIZAN ELMA BINTI MUAIINI
NOOR HARIZ ZIKRI B NOOR HARIZAL@ZAINUDI
NUR SHAFIQAH BINTI WAHAB
NUR SYAZA BINTI AZHAR
NURUL FADHILAH BINTI MOHD YUSOF
NURUL IZZATI BINTI HAMSANI
NURUL SYAMIMI AKMAL BINTI NORAZMI
RAIHANA BINTI RIDZUAN
SHAIFUL IQMAL BIN SAHRUNI
TARSHWINNY A/P SINNATHEVAN
MOHAMAD DANIAL AZFAR BIN MOHAMAD REZA
MUHAMMAD SHAZRI BIN MOHD SHAIDIN
read more...

Warga SKTPP perihatin atas Nasib Rakyat Palestin Di Gaza




Satu program mengutip sumbangan dari pelajar, guru-guru, dan warga PIBG telah dilancarkan dan dalam 2 minggu sahaja, kita dah berjaya mengutip sebanyak RM6300. Pada 2hb. Februari baru-baru ini, sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Wakil NSTP. Berita tersebut telah keluar di akhbar Berita Harian, Metro dan juga Sinar.
Tahniah dan Syabas kepada warga SKTPP.

read more...

Buletin PIBG Akhirnya diterbitkan



Salam Untuk Semua,
Akhirnya Buletin PIBG akhirnya akan diedarkan pada 15.02.2009 sempena mesyuarat Agung PIBG yang akan berlangsung bersama dengan Hari Anugerah SKTPP.

Buletin ini dinamakan " KALAM" iaitu bermaksud 'Kata-kata'.
read more...